Peranan Jawatankuasa

Jawatankuasa pelaksanaan amalan 5S RNC terdiri daripada:

  1.  Jawatankuasa Pemandu 5S.
  2. Jawatankuasa Kerja 5S
  3. Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman 5S
  4. Jawatankuasa Kecil Promosi 5S
  5. Jawatankuasa Kecil Latihan 5S
  6. Jawatankuasa Pelaksana 5S Peringkat

Peranan Jawatankuasa Pemandu 5S:

  • Menenentukan matlamat pelaksanaan sistem amalan 5S.
  • Membentuk pelan pelaksanaan.
  • Menentukan belanjawan atau sumber kewangan.
  • Menetapkan polisi, peraturanserta garispanduan pelaksanaan.
  • Mengenalpasti ahli jawatankuasa, pemudahcara dan ketua kumpulan.
  • Menetapkan  sistem  penghargaan  dan ganjaran.
  • Mengawasi/ menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan AJK Audit
  • Mengawasi kemajuan program dengan pembentukan   ’standard’   yang   sesuai berkaitan sistem  5S  yang perlu diwujudkan.

Peranan Jawatankuasa Kecil Audit:

  • Merancang  dan   mengendalikan  audit dalaman 5S
  • Mengenal pasti  sebarang  masalah dan mengarahkan tindakan          pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan
  • Melakukan  pemeriksaan  dan  tindakan susulan jika perlu.
  • Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada  jawatankuasa pemandu amalan 5S RNC.
  • Menyediakan kriteria senarai semak proses  audit   dan  garis panduan perlaksanaan audit
  • Mencadangkan penambahbaikan terhadap   kelemahan-kelemahan   yang dikenalpasti semasa proses audit
  • Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan berterusan

Peranan Jawatankuasa Kecil Promosi:

  • Menyediakan  pelan perlaksanaan aktiviti promosi amalan 5S
  • Merancang dan  menganjurkan pertandingan 5S (kebersihan, poster, banner dll)
  • Mengadakan  konvensyen  5S  peringkat RNC
  • Mencadangkan  ganjaran  yang bersesuaian kepada yang layak
  • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan

Peranan Jawatankuasa Kecil Latihan:

  • Mengenalpasti dan merancang program latihan   dan      kesedaran       kepada kakitangan.
  • Memberikan    latihan     dan    panduan kepada          kakitangan.
  • Bertindak sebagai pemudahcara kepada Jawatankuasa Penyelaras untuk menjalankan aktiviti 5S.

Ketua Penyelaras Zon:

  • Menyelaras/memantau kumpulan 5S di bawah jagaannya.
  • Membantu AJK Pelaksana seperti tugas promosi, latihan dan audit
  • Mendapat  sokongan  dan  pengiktirafan daripada pihak atasan (jika perlu) untuk kebaikan 5S
  • Membantu  membekalkan data-data atau maklumat mengenai 5S
  • Menilai/mengemaskini perjalanan program 5S sepanjang masa
  • Mengawasi/mengadakan  perbincangan serta memberi motivasi kepada kumpulan 5S pada setiap masa.

Ketua Kumpulan:

  • Turut serta  dalam  proses  pelaksanaan kerja kumpulan
  • Berkomunikas dengan  semua pihak yang terlibat
  • Mengawasi  perkembangan kerja kumpulan

Ahli Kumpulan:

  • Memberikan  komitmen yang sepenuhnya dalam gerak kerja kumpulan